Posts

JENIS BANTUAN

1.   Khidmat nasihat teknikal dan latihan. 2.   Kategori projek permulaan.       Geran berbentuk barangan ( in kind contribution ) . 3.   Kategori projek pengembangan.       Pakej khas pembiayaan bagi pengembangan projek pertanian sedia ada      daripada agensi pembiaya seperti berikut :      a)  Agrobank - RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek.      b)  TEKUN Nasional - sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

i.  Warganegara Malaysia. ii.  Golongan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun. ii.  Tidak mengira latar belakang pendidikan. iv. Belia yang baru memulakan projek, wajib mengikuti program latihan      teknikal anjuran jabatan & Agensi berkaitan. v.  Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah &      premis sedia ada. Permohonan menggunakan borang UAM 01 / 14 ( pin. 01/16 ) dan setiap pemohon layak membuat satu ( 1 ) permohonan sahaja ..

MATLAMAT

i. Menyelaras dan memudah cara program / aktiviti jabatan / agensi di bawah     MOA dan / atau swasta di dalam dan di luar negara . ii. Mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang     pertanian dan industri asas tani . iii. Membangunkan modul pakej keusahawanan berasakan industri pertanian      mengikut keserasian dan kehendak generasi muda . iv.  Membangunkan Agropreneur Muda dengan memberi latihan , bimbingan      dan khidmat perundingan serta sokongan teknikal, kewangan dan      pemasaran secara berpakej . v.   Menjana pendapatan tinggi dikalangan Agroprenuer Muda .

VISI & MISI

VISI Melahirkan Agropreneur Muda yang progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi . MISI  Menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta pilihan kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi kepada generasi muda .